Jangan Menyesal Di kemudian Hari
Hidup ini banyak cabaran yang perlu kita hadapi , begitu juga aku . Aku seorang pelajar yang belajar di salah sebuah sekolah yang terletak di tengah laut . Hidup aku di sekolah hanya menghabiskan masa bersama kitab suci tuhan , iaitu Al-quran Al-karim . Pada mulanya , memang tak minat untuk mempelajari al-quran , tetapi secara takdirnya tuhan telah memilih aku untuk berada di kalangan orang-orang yang terpilih . Bak kata mak aku “ syukur nak , gembira ibu bila kau belajar kat sana ”. Itulah kata-kata mak aku , yang semakin memberikan inspirasi kepadaku untuk terus ke hadapan . Kadangkala kita tidak seharusnya juga , perlu mengikut kehendak hati . Pada suatu hari di kelasku , aku sedang membuat perkara biasa iaitu membaca Al-quran . Tiba-tiba seorang budak yang datang dari mana pun aku tak tahu , jatuh menghempapku . Aku pun menjerit kesakitan kerana budak itu membawa air milo yang masih panas dan terkena ke muka ak...