Jangan Menyesal Di kemudian Hari
Hidup ini banyak cabaran yang perlu kita hadapi , begitu juga aku . Aku seorang pelajar yang belajar di salah sebuah sekolah yang terletak di tengah laut . Hidup aku di sekolah hanya menghabiskan masa bersama kitab suci tuhan , iaitu Al-quran Al-karim . Pada mulanya , memang tak minat untuk mempelajari al-quran , tetapi secara takdirnya tuhan telah memilih aku untuk berada di kalangan orang-orang yang terpilih . Bak kata mak aku “ syukur nak , gembira ibu bila kau belajar kat sana ”. Itulah kata-kata mak aku , yang semakin memberikan inspirasi kepadaku untuk terus ke hadapan . Kadangkala kita tidak seharusnya juga , perlu mengikut kehendak hati .
Pada suatu hari di kelasku , aku sedang membuat perkara biasa iaitu membaca Al-quran . Tiba-tiba seorang budak yang datang dari mana pun aku tak tahu , jatuh menghempapku . Aku pun menjerit kesakitan kerana budak itu membawa air milo yang masih panas dan terkena ke muka aku . Dengan geram , aku pun bangun dan terus ke arah budak itu . Rupa-rupanya dia adalah budak dari kelas sebelah . Tanpa membuang masa , aku melepaskan penumbuk sulung aku ke muka , perut dan ke dadanya . Tanpa aku sedar , Ustaz Sullah sedang memerhati perbuatanku dari luar . Lantas aku berhenti dan duduk semula di tempatku , dengan muka yang kelihatan melekit .
Ustaz Sullah pun masuk dan menyuruh aku pergi membasuh muka terlebih dahulu . Aku pun keluar dan kembali semula dengan pantasnya . Apabila aku masuk semula ke kelas , aku dan budak itu dipanggil berhadap dengan ustaz . Kami ditanya dengan bermacam-macam soalan , dan akhirnya aku dituduh bersalah , kerana memukul budak itu sehingga hampir lebam seluruh anggota . Kemudian aku dibawa berjumpa dengan pengetua sekolah yang mukanya kelihatan jambu tetapi garangnya seperti malaikat yang menjaga neraka . Norizma namanya . Jantung aku mula berdegup laju , seperti enjin 125 ZR di atas highway , memang aku dah tahu nasib aku tak begitu baik harini .
Tiba di bilik pengetua , aku disuruh untuk masuk . Aku melihat sekujur tubuh manusia yang sedang berdiri tegak sambil memegang rotan , dan sedang menghadapku dengan muka jambu batunya .“Ya allah selamatkan lah aku”kata hati aku . Jantung aku semakin laju berdegup seperti kawasaki ninja H2R di trek perlumbaan . Dia mula bertanya “apa masalah kau ni hah.. , ..asyik muka kau jer kat dalam pejabat aku ni.. , ..banyak sangat masalah ko ni..” . aku terdiam….sebab ini adalah kali pertama aku ke biliknya , selain dari hal disiplin itu , adalah masuk tolong ambil barang cikgu. Aku pun menjawab dengan bangganya . “Banyak apa pulak cikgu…ini first time saya masuk bilik cikgu pasal hal disiplin…cikgu jangan nak melebih….” . “PANGGG!!!!!”.Berdengung telinga aku gara-gara dilempang oleh cikgu Norizma . “Kurang ajar kau ni..” katanya. Aku dengan rasa tidak puas hati , menghayunkan tanganku ke mukanya… . tiba-tiba tangan aku di tepis oleh Abang Safwan selaku kerani di situ .
Aku diberi amaran keras olehnya yang mengatakan aku kemungkinan akan dibawa ke muka pengadilan . Dengan rasa baran aku pun beredar . Seminggu selepas itu , aku sedang duduk berlepak seperti biasa bersama rakan-rakan ku di pondok kecil yang terletak di belakang dewan makan sekolah . Tiba-tiba , nama aku disebut melalui announcement di pejabat yang mengatakan aku perlu hadir ke pejabat pentadbiran dengan kadar segera . Lantas aku bangun dan terus ke sana dengan rasa berdebar-debar . Apabila aku tiba di hadapan pejabat , Cikgu Ikmal telah sedia menungguku di luar , dan berkata “sekarang pergi bersiap , pergi tukar baju korporat , aku nak bawa kau pergi balai nak buat report tentang hal minggu lepas ”katanya . Eh , aku terperanjat . Lalu aku pun berkata “ hal apa cikgu…apa yang saya dah buat…” . “Hal apa..kau tanya…kau dah buat kesalahan yang besar kau tau tak…., dah jangan banyak cakap , pergi tukar baju lepas tu ikut aku….”katanya . Aku pun terus beredar .
Apabila aku sudah siap berbaju korporat , aku dibawa ke darat dengan menaiki speedboat (bot laju) , dan apabila aku tiba di darat , aku dibawa ke balai dengan menaiki kereta milik Cikgu Ikmal . Dalam perjalanan ke sana aku hanya berdiam sahaja . Tiba-tiba hati aku terdetik memikirkan tentang hal minggu lepas yang dikatakan oleh Cikgu Ikmal di sekolah tadi . Huh….aku tersentak , baru aku teringat yang aku ada melakukan kesalahan dengan Cikgu Norizma , Abang Safwan pun ada cakap yang kesalahan aku ini mungkin akan dibawa ke muka pengadilan . Aku mula risau . Apabila tiba di sana , aku melihat ibu bapa aku juga turut berada di sana . Huh….tuhan saje yang tahu betapa takutnya aku pada masa itu . Aku pun turun dari keretanya dengan rasa berdebar-debar . Aku terus pergi kearah ibu bapaku . Aku melihat mereka sedih . “PANGGG!!!!” aku di lempang oleh bapakku . “Kenapa ni” hatiku tertanya-tanya . Lalu aku dibawa masuk ke dalam bersama Cikgu Ikmal , ibu bapaku turut menyusul . Tiba didalam aku di suruh duduk . Kemudian aku disuruh untuk menceritakan tentang hal yang telah berlaku pada minggu lepas . Aku pun mula bercerita tentang hal yang berlaku dari A hingga Z . Sesudah aku bercerita kesemua hal yang berlaku , pihak berkuasa telah memutuskan yang aku tetap bersalah dan aku akan direman sehingga waktu kepengadilan . Pada waktu itu , tiba-tiba air mataku membanjiri kelopak mata . Hanya disebabkan oleh air milo aku disini . Ibu bapa aku pun tidak berkuasa untuk melakukan apa-apa . Aku pun hanya redha dengan ketentuan tuhan .
Hari pertama aku di lokap . Waktu pagi selepas selesai solat subuh , seorang pegawai datang kepadaku untuk di bawa ke bilik soal siasat . Pada jam 10:00 pagi , selesai aku bersarapan , seorang pegawai datang kepadaku . Dan mengatakan , “pada hari esok kau akan dibawa ke mahkamah”. Semalaman aku tidak dapat tidur kerana memikirkan tentang hari esok . Keesokkan harinya , tidak sempat aku bersarapan , beberapa minit selepas aku menunaikan solat subuh , pegawai itu datang dengan membawa gari . Dia membuka pintu lokap dan menggari tanganku lalu dibawa keluar dengan menaiki kereta PROTON INSPIRA milik PDRM . Apabila aku tiba di mahkamah , pembicaraan terus dimulakan . Aku lihat Ibu bapaku turut ada . Gementar aku pada waktu itu . Tiba-tiba aku dikejut oleh mak aku , dan mengatakan aku sudah lewat untuk ke sekolah .
Kesimpulan dari cerita ini ialah , kita jangan bertindak terburu-buru . Kerana kadang-kadang , hanya disebabkan oleh hal yang sekecik semut pun boleh membuatkan kita masuk ke dalam palang besi . Janganlah marah jikalau cerita ini ada membuat korang sedih ataupun kecewa . Saya cuma ingin berkongsi pengetahuan dan ilmu yang saya ada di dalam blog ini . Dah Tahukan , hah ni cuma mimpi sahaja . Insyaalallah Jikalau ada masa terluang , saya akan berkongsi lebih banyak lagi mimpi yang saya ada . Sekian .
Comments
Post a Comment